Mandat penuh kepada Saifuddin Nasution laksana tugas Timbalan Presiden PKR – PM

Foto Bernama

AYER KEROH, 16 Ogos – Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail diberi mandat penuh untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden parti berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nurul Izzah akan bercuti sementara.
  • Amirudin Shari dilantik Pengarah Pilihan Raya dan diberi mandat menjalankan kerja dengan satu sistem serta satu format.
  • Tengku Zafrul dilantik penyelaras di Pejabat Perdana Menteri untuk memastikan penyelarasan dan sokongan sekretariat.
  • Anwar menyeru pimpinan belajar dari pengalaman, baiki kelemahan dan satukan kekuatan parti hadapi pilihan raya akan datang.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini memandangkan penyandang jawatan tersebut, Nurul Izzah Anwar akan bercuti buat sementara waktu.

Beliau meminta seluruh kekuatan parti memberikan sokongan, kerjasama dan ketaatan kepada Datuk Seri Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri.

Dalam pada itu, seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Amirudin Shari dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti, manakala Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Penyelaras di Pejabat Perdana Menteri.

“Sebab itu juga kita minta saudara Amirudin diberi mandat penuh menjalankan kerja-kerja yang akan datang. Dan saya beritahu pimpinan tidak boleh lagi (guna) subsistem atau sistem alternatif.

“(Hanya) ada satu sistem, satu kepimpinan, satu format yang akan diputuskan oleh Amirudin. (Dengan) sokongan di pejabat Perdana Menteri untuk memastikan ada penyelarasan yang sangat baik. Saya beri mandat penuh kepada Tengku Zafrul untuk menyelaras bagi pihak saya dan sekretariat, ” kata beliau pada ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan 2026 di MITC Ayer Keroh.

Datuk Seri Anwar turut menyeru seluruh pimpinan supaya belajar daripada pengalaman lalu, memperbaiki kelemahan dan tidak menganggap diri sentiasa berada di pihak yang benar.

Tegas beliau, kekuatan parti perlu digembleng secara bersama, terutama dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.