
AYER KEROH, 16 Ogos – Usaha mengatasi kerenah birokrasi akan dipehebat bagi melicinkan urusan golongan usahawan.
- Perbaiki kerenah birokrasi untuk memudahkan urusan usahawan, termasuk aduan pejabat tanah dan tempoh menunggu panjang
- Meneliti pelaksanaan e-Invois untuk dipermudahkan, menyelesaikan rungutan dan memastikan sistem lebih mesra pengguna
- Menangani isu berkaitan e-dagang serta menyelesaikan masalah yang timbul bagi memajukan perniagaan dalam talian
- Meneliti kadar dan perlindungan sosial sesuai untuk pekerja gig susulan tuntutan kebajikan mereka
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk meneliti cara untuk mempermudah pelaksanaan e-Invois serta menyelesaikan isu berkaitan e-dagang.
“Kita dengar beberapa pandangan untuk membantu memajukan usahawan. Ada yang mengeluh (misalnya dalam urusan) di pejabat tanah. Ada yang terpaksa tunggu berjam-jam.
“Kerenah birokrasi mesti dipebaiki. Ada yang mengeluh tentang AP invois. Saya di peringkat akhir untuk meneliti bagaimana boleh dipermudahkan. Kemudian, masalah yang berbangkit dengan e-dagang. Kita (kerajaan) aka cuba bereskan dengan sebaik mungkin, ” katanya ketika ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan 2026 di MITC,
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyentuh isu pekerja gig susulan beberapa tuntutan berkaitan kebajikan dan perlindungan sosial.
Beliau berkata, kerajaan bersetuju untuk meneliti kadar yang bersesuaian bagi golongan berkenaan.