DAP putuskan kekal dalam Kerajaan Perpaduan

Foto RTM

PUTRAJAYA, 16 Ogos – Parti Tindakan Demokratik (DAP) memutuskan untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat tempoh pentadbiran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat melalui undi sulit pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026.
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengumumkan hasil undian rasmi.
  • Undi sulit menunjukkan 1,857 sokong terus kekal; 242 pilih keluar; jumlah undi sah 2,099.
  • Maklumat lanjut akan dilaporkan kemudian.

Keputusan itu dicapai menerusi undi sulit pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 pada Ahad yang menyaksikan 1,857 undi atau 88.2 peratus menyokong untuk kekal dalam kerajaan, manakala 242 undi atau 11.5 peratus memilih untuk keluar.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, keputusan majoriti besar perwakilan itu sekali gus memberi mandat kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk terus melaksanakan agenda reformasi bersama kerajaan Perpaduan, demi kepentingan seluruh rakyat.

“Jadi ini merupakan satu mandat kepada CEC dan kepada pemimpin-pemimpin parti yang mewakili parti dalam kerajaan untuk terus berkhidmat, untuk terus menjalankan dan meneruskan kerja kita, untuk meneruskan agenda reformasi supaya kita dapat memberikan fokus dan tumpuan untuk melaksanakan perubahan-perubahan dan janji-janji yang telah pun kita janjikan dalam manifesto Pakatan Harapan,” katanya.

Sebanyak 2,106 kertas undi dikeluarkan dengan 2,099 undi sah, manakala tujuh undi rosak.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.