
KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 magnitud melanda Kepulauan Caroline Barat, Micronesia pada pukul 6.53 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 9.6°N dan 138.5°E, kira-kira 1,096 kilometer timur Tagum City, Filipina.
- Gempa berlaku pada kedalaman 76 kilometer.
- METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa itu berpusat di koordinat 9.6 darjah Utara dan 138.5 darjah Timur, kira-kira 1,096 kilometer timur dari Tagum City, Filipina.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 76 kilometer.
METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.