Jerebu: Tiga kawasan catat IPU tidak sihat di Sarawak

Foto BERNAMA

KUCHING, 16 Ogos – Hanya tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori tidak sihat setakat pukul 8 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan tertinggi direkodkan di Serian (162), Samarahan (154) dan Kuching (119).
  • Kawasan lain merekodkan IPU di bawah 100, iaitu kategori sederhana.
  • Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding sembilan kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat pada Sabtu.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, bacaan tertinggi direkodkan di Serian iaitu 162, diikuti Samarahan 154 dan Kuching 119.

Manakala, kawasan lain merekodkan bacaan IPU di bawah 100 iaitu kategori sederhana.

“Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding sembilan kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat bagi tempoh sama pada Sabtu,” menurut APIMS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.