Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Caroline Barat, Micronesia

Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 magnitud melanda Kepulauan Caroline Barat, Micronesia pada pukul 6.53 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa pada koordinat 9.6°N dan 138.5°E, kira-kira 1,096 kilometer timur Tagum City, Filipina.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 76 kilometer.
  • METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa itu berpusat di koordinat 9.6 darjah Utara dan 138.5 darjah Timur, kira-kira 1,096 kilometer timur dari Tagum City, Filipina.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 76 kilometer.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.