
ROMPIN, 15 Ogos — Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, awal pagi tadi.
- Dua lagi anak mangsa selamat.
- Enam penghuni rumah separuh kekal selamat: seorang lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak.
- Lapan anggota balai bomba bersama jentera dikejarkan selepas panggilan kecemasan pada 4.11 pagi.
- Sebuah rumah kayu musnah sepenuhnya; rumah separuh kekal terbakar kira-kira 70 peratus.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, seorang lelaki melecur sebelum meninggal dunia, manakala isteri dan seorang anak mereka turut maut dalam kejadian itu.
Katanya, dua lagi anak mangsa selamat, manakala enam penghuni rumah separuh kekal turut selamat, membabitkan seorang lelaki, seorang wanita dan empat kanak-kanak.
Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah bersama jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.11 pagi.
“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah kayu musnah sepenuhnya, manakala rumah separuh kekal terbakar kira-kira 70 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.