TH perlu pendekatan baharu tingkat nilai aset bermasalah

TH perlu rombak strategi pulihkan aset bermasalah.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Lembaga Tabung Haji (TH) perlu meneroka pendekatan baharu untuk memulihkan nilai pelaburan bermasalah, termasuk menyusun semula aset dan mencari kaedah untuk meningkatkan potensi pulangannya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Komersialkan aset melalui insentif cukai, kerjasama strategik antarabangsa atau pengubahsuaian konsep untuk meningkatkan nilai dan pulangan.
  • Maksimumkan pulangan aset bernilai; cari potensi baharu bagi aset bermasalah untuk menambah baik nilai.
  • Perkuat mekanisme pengurusan dan tingkatkan piawaian supaya kelemahan lalu tidak berulang.
  • Kepimpinan pengurusan risiko dan pemanfaatan ekosistem kewangan Malaysia penting untuk sokong peluang pelaburan baru.

Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Associates, Prof Madya Dr Mohamed Eskandar Shah Mohd Rasid berkata langkah berkenaan penting bagi memastikan aset yang masih mempunyai potensi dapat memberikan nilai lebih baik pada masa hadapan.

“Perlu ada pemikiran dan pendekatan baharu untuk mengkomersialkan aset supaya nilainya dapat ditingkatkan. Mungkin melalui insentif cukai, mencari rakan strategik antarabangsa atau mengubah konsepnya.

“Aset yang baik kita maksimumkan pulangannya, manakala aset yang kurang baik kita cari potensi baharu supaya nilainya dapat ditambah baik,” katanya kepada RTM.

Beliau berkata usaha berkenaan perlu disokong mekanisme pengurusan yang lebih baik bagi memastikan kelemahan lalu tidak berulang.

“Kita perlu memastikan piawaian terus dipertingkatkan. Perlu ada mekanisme supaya aset-aset yang bermasalah ini sama ada dilupuskan dengan kerugian yang lebih kecil, atau aset yang masih mempunyai potensi boleh ditukar dan distruktur semula supaya nilainya dapat ditingkatkan pada masa hadapan,” katanya.

Tambahnya lagi, keupayaan TH untuk meneroka peluang pelaburan baharu turut bergantung kepada kepimpinan institusi itu dalam mengurus risiko.

Beliau berkata ekosistem kewangan Malaysia yang masih berdaya tahan ketika ini boleh dimanfaatkan bagi membantu meningkatkan nilai pelaburan TH.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.