
KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud telah berlaku di Panama pada pukul 4.25 pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 7.6 darjah Utara dan 81.5 darjah Barat, kira-kira 1,396 km utara Sullana, Peru.
- Gempa berlaku pada kedalaman 30 km.
- METMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 7.6 darjah Utara dan 81.5 darjah Barat, kira-kira 1,396 kilometer (km) Utara dari Sullana, Peru.
Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 30 km.
Menurut METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.