
GAZA, 10 Oktober -Sekurang-kurangnya dua individu, termasuk seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, maut manakala beberapa lagi cedera dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman di kawasan Al-Sabra, di sini, malam Khamis.
- Pusat Maklumat Palestin melaporkan rumah keluarga Al-Sawafiri disasarkan di kawasan Al-Sabra.
- Penduduk menerima panggilan telefon yang meminta mereka berpindah beberapa saat sebelum serangan.
- Keluarga cuba menyelamatkan diri namun serangan berlaku ketika mereka berada di pintu hadapan.
- Tentera Israel belum mengulas khusus mengenai serangan Al-Sabra; kenyataan mereka tidak kaitkan serangan dengan bangunan.
Pusat Maklumat Palestin melaporkan rumah keluarga Al-Sawafiri menjadi sasaran serangan itu.
Ibu saudara kanak-kanak itu, Najwa Abu Asr, berkata penduduk menerima panggilan telefon yang meminta mereka berpindah hanya beberapa saat sebelum serangan berlaku.
Menurutnya, beliau bersama ibu serta adik-beradik kanak-kanak berkenaan cuba menyelamatkan diri, namun serangan berlaku ketika mereka masih berada di pintu hadapan rumah.
Kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai Hussam Ahmed Abu Asr, berusia tujuh tahun.
Seorang lagi penduduk berkata, mereka tidak sempat membawa dokumen pengenalan diri atau barangan peribadi ketika bergegas meninggalkan kawasan berkenaan.
Tentera Israel setakat ini tidak memberikan ulasan khusus berhubung serangan di Al-Sabra atau laporan bahawa penduduk menerima amaran pemindahan pada saat-saat akhir.
Dalam kenyataan berasingan pada Jumaat, tentera Israel memaklumkan pihaknya melancarkan serangan di Gaza pada Khamis yang mengorbankan tiga anggota Hamas dan Jihad Islam Palestin.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mengaitkan serangan berkenaan dengan bangunan kediaman keluarga Al-Sawafiri. – VIORY