Jerebu: Kebanyakan kawasan Sarawak catat IPU tidak sihat

Foto BERNAMA

KUCHING, 13 Ogos – Kualiti udara di kebanyakan kawasan di Sarawak masih berada pada kategori tidak sihat, setakat tengah hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hampir keseluruhan kawasan catat sedikit peningkatan bacaan; Sri Aman dan Mukah adalah pengecualian dengan kenaikan IPU.
  • Serian, Samarahan, Kuching, Sarikei dan Sibu merekodkan bacaan IPU tinggi, menunjukkan kualiti udara masih membimbangkan.
  • Enam kawasan lain kekal pada paras sederhana, termasuk Bintulu, Miri, Samalaju, ILP Miri, Kapit dan Limbang.

Bagaimanapun hampir keseluruhan kawasan di Sarawak mencatat sedikit peningkatan bacaan kualiti udara, kecuali di Sri Aman dan Mukah

Kemaskini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 179, berbanding 182 pada pukul 6.00 pagi tadi.

“Samarahan mencatatkan bacaan 180, diikuti Kuching (176), Sarikei (158) dan Sibu (152).

“Di Sri Aman, bacaan IPU meningkat sedikit kepada 161, berbanding 158 pagi tadi, manakala Mukah meningkat daripada 152 kepada 153,” menurut kenyataan itu.

Enam kawasan lain pula kekal merekodkan bacaan IPU pada paras sederhana.

Bintulu merekodkan bacaan 93, diikuti Miri (89), Samalaju (83), ILP Miri (71), Kapit (67) dan Limbang (65).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.