Inovasi moden beri nafas baharu warisan ASEAN-China

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Inovasi moden tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada tradisi, sebaliknya menjadi pemangkin untuk memastikan warisan budaya ASEAN-China terus relevan dan bernilai kepada generasi akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penggabungan warisan dan inovasi moden membuka peluang baharu kepada penggiat kraf, pereka dan perusahaan kreatif sambil memelihara keaslian tradisi.
  • Kerjasama kukuh antara negara anggota ASEAN dan China penting untuk memelihara warisan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serantau.
  • Program ACH-DNA 2.0 dan ASEAN China Silken Ties Showcase menyerlahkan peranan Malaysia memperkasa diplomasi budaya dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Chiew Choon Man berkata penggabungan warisan dengan inovasi moden turut membuka ruang baharu kepada penggiat kraf, pereka dan perusahaan kreatif, tanpa menjejaskan keaslian tradisi.

“Inovasi tidak menghakiskan tradisi, sebaliknya memberikan nafas baharu dalam memastikan warisan budaya terus relevan untuk generasi akan datang.

Ujar beliau, kerjasama antara negara anggota ASEAN dan China perlu terus diperkukuh bagi memastikan warisan budaya rantau itu bukan sahaja dipelihara, malah mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serantau.

“Dengan menggabungkan warisan dan inovasi moden, kita membuka peluang baharu kepada penggiat kraf, pereka dan perusahaan kreatif, di samping memastikan keaslian tradisi terus dipelihara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam dan ASEAN–China Silken Ties Showcase, di sini pada Selasa.

Program ASEAN-China Heritage Dimensions of National Arts (ACH-DNA) 2.0 yang melabuhkan tirainya semalam (Selasa)  membuktikan peranan Malaysia dalam memperkasa diplomasi budaya serta memacu pertumbuhan ekonomi serantau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.