
KUCHING, 13 Ogos — Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat 8.00 pagi ini, berbanding sembilan kawasan pagi semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Kawasan dengan bacaan tidak sihat: Samarahan 183, Serian 183, Kuching 177, Sri Aman 159, Sarikei 158, Mukah 152, Sibu 152.
- Bacaan IPU: sifar hingga 50 baik; 51 hingga 100 sederhana; 101 hingga 200 tidak sihat; 201 hingga 300 sangat tidak sihat; melebihi 300 berbahaya.
- Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Samarahan dan Serian dengan bacaan 183, Kuching (177), Sri Aman (159), Sarikei (158), Mukah (152) dan Sibu (152).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.- BERNAMA