Jerebu belum pulih, 107 sekolah di Serian ditutup hingga esok

Foto BERNAMA

KUCHING, 13 Ogos – Penutupan sementara 107 sekolah di Bahagian Serian akibat jerebu diteruskan hingga Jumaat, walaupun bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan trend menurun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengarah Pendidikan Sarawak minta pengetua dan guru besar buat keputusan tidak membebankan guru, ibu bapa dan murid, terutama sekolah berasrama.
  • Keputusan penutupan mengambil kira hanya tinggal satu hari persekolahan minggu ini.
  • Bacaan IPU direkodkan 182 pagi ini, masih dalam kategori tidak sihat, menurun dari 202 semalam.

Pengarah Pendidikan Sarawak, Omar Mahli berkata, Pengetua dan Guru Besar diharap agar membuat keputusan yang tidak membebankan guru, ibu bapa dan murid terutama melibatkan sekolah berasrama di daerah Serian.

“Keputusan penutupan sementara juga mengambil kira hanya berbaki satu hari persekolahan minggu ini,” katanya ketika dihubungi RTM.

Setakat pukul 9 pagi tadi, Serian merekodkan bacaan IPU 182, masih dalam kategori tidak sihat, berbanding 202 semalam.

Pada Rabu, sebanyak 107 sekolah di Bahagian Serian ditutup sementara selepas bacaan IPU melebihi 200, sebagai langkah pencegahan susulan keadaan jerebu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.