RCI TH: Blok pembangkang keluar Dewan Rakyat tidak wajar

Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar meninggalkan Dewan Rakyat hari ini/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Tindakan Ahli Parlimen keluar Dewan Rakyat ketika Menteri memberi penerangan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji adalah tidak wajar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata pembangkang sepatutnya gunakan sesi untuk dapat penjelasan dan kemusykilan.
  • Parlimen platform sesuai untuk mendapatkan maklumat sahih terutama laporan berstatus siasatan diraja.
  • Tindakan keluar boleh memberi naratif bahawa pembangkang enggan mendapatkan penjelasan atau tidak mahu bekerjasama.
  • Blok pembangkang tidak mengambil bahagian semasa sesi penerangan mesyuarat khas mengenai laporan RCI Tabung Haji.

Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Mazlan Ali berkata, ahli Parlimen pembangkang sepatutnya mengambil peluang sesi itu bagi mendapatkan penjelasan serta mengemukakan sebarang persoalan atau kemusykilan.

“Ini kerana Parlimen merupakan platform yang sangat sesuai dengan peranan ahli-ahli Parlimen untuk mendapatkan sumber dan juga maklumat yang sahih berkenaan dengan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi laporan tersebut adalah berstatus siasatan diraja.

“Tindakan ini boleh membawa satu mesej ataupun naratif bahawa pembangkang tidak mahu mendapatkan penjelasan atau maklumat yang sebenar, ataupun secara tidak langsung boleh dilihat sebagai tidak mahu bekerjasama dengan Menteri yang akan menyampaikan dan memberikan maklumat berkaitan laporan RCI tentang Tabung Haji,” katanya ketika dihubungi RTM hari ini.

Ketika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat membahaskan laporan RCI yang bermula pukul 10 pagi tadi, blok pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat dan tidak mengambil bahagian dalam sesi penerangan Menteri berhubung laporan itu.

Laporan RCI berkenaan meliputi siasatan terhadap pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.