Scaloni: Tiada pemain seperti Messi

Gambar fail – Messi dipeluk Scaloni selepas tamat aksi suku akhir menentang Belanda di Stadium Lusail, Doha pada Piala Dunia 2022/Foto AFP

BUENOS AIRES, 7 Oktober — Ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni menyifatkan persaraan Lionel Messi daripada skuad kebangsaan sebagai satu kehilangan besar buat pasukan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Scaloni sifatkan persaraan Messi sebagai kehilangan besar buat skuad kebangsaan.
  • Messi dianggap pemain istimewa yang tiada tandingan.
  • Jurulatih yakin kekuatan kolektif Argentina mampu mengatasi ketiadaannya.
  • Argentina perlu terus maju ke hadapan tanpa kehadiran kapten mereka.

Beliau berkata Messi ialah pemain istimewa yang tiada tandingan, namun yakin kekuatan Argentina sebagai sebuah pasukan mampu mengatasi ketiadaan kapten mereka itu.

“Ini satu kehilangan yang sukar kerana tidak akan ada pemain seperti Messi. Namun, kami mempunyai kekuatan sebagai sebuah pasukan dan perlu terus bergerak ke hadapan tanpa kehadirannya,” katanya pada sidang media pada Selasa. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.