Kes kematian lelaki di pusat jagaan, lima lelaki ditahan

Foto RTM

IPOH, 5 Ogos – Lima individu terdiri daripada seorang penjaga dan empat penghuni sebuah rumah jagaan ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun di premis berkenaan di Tanjung Rambutan, di sini semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan kira-kira pukul 2.00 petang.
  • Pemeriksaan awal di lokasi menemui beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
  • Bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian, orang ramai dinasihat tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan kira-kira pukul 2.00 petang

Pemeriksaan awal di lokasi menemukan beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala bedah siasat dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga siasatan selesai.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.