
ROM, 31 Julai – Pemain pertahanan legenda Itali, Franco Baresi yang mengetuai AC Milan meraih tiga kejuaraan Piala Eropah dan enam gelaran Serie A pada era 1980-an dan 1990-an, meninggal dunia pada usia 66 tahun, umum kelab itu pada Jumaat.
- AC Milan tidak memaklumkan punca kematian Franco Baresi.
- Kelab menyatakan kesedihan; teladan dan integritinya terpahat dalam DNA Milan, jersi nombor enam ikonik.
- Dilantik naib presiden kehormat 2020, Baresi dianggap antara pemain pertahanan terbaik; bantu Itali juara Piala Dunia 1982 dan final 1994.
AC Milan bagaimanapun tidak memaklumkan punca kematian bekas kapten berkenaan.
“Milan bersedih atas pemergian Franco Baresi. Teladan serta integritinya akan terus terpahat dalam DNA kelab ini, sebagaimana jersi ikonik bernombor enam miliknya,” menurut AC Milan menerusi hantaran di platform X.
Baresi yang dilantik sebagai naib presiden kehormat AC Milan pada 2020 dianggap antara pemain pemain pertahanan terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.
Baresi juga pernah membantu Itali muncul juara Piala Dunia 1982 dan turut membawa skuad Azzurri ke pentas final Piala Dunia 1994. – AFP