Palmer mahu buktikan kemampuan, teruja sentuhan Alonso

Cole Palmer. Foto/AFP

SYDNEY, 31 Julai – Pemain tengah Chelsea, Cole Palmer bertekad membuktikan kemampuannya musim ini selepas kecewa apabila digugurkan daripada skuad England di pentas Piala Dunia 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Palmer puji Xabi Alonso dan stafnya membawa idea baharu serta suasana segar kepada Chelsea.
  • Dia teruja rakan karib Morgan Rogers menyertai Chelsea dari Aston Villa.
  • Rogers lebih berfizikal dan gemar membawa bola; Palmer pula suka mencipta peluang melalui hantaran.

“Apabila seseorang memberitahu anda bahawa anda tidak cukup bagus untuk berada dalam skuad, sudah tentu ia menyakitkan.

“Kritikan itu juga membuatkan saya mahu bekerja lebih keras untuk membuktikan kemampuan,” katanya sempena jelajah pramusim Chelsea di Sydney.

Sementara itu, pemain berusia 24 tahun berkenaan yakin kehadiran pengurus baharu Xabi Alonso akan membawa nafas baharu kepada The Blues.

“Dia (Alonso) dan staf kejurulatihannya sangat baik. Mereka membawa idea baharu dan memberikan suasana yang segar kepada kami. Kami semua menikmatinya,” katanya.

Palmer turut melahirkan kegembiraan dengan kehadiran rakan karibnya, Morgan Rogers, yang menyertai Chelsea daripada Aston Villa.

Menurutnya, Rogers memiliki gaya permainan berbeza yang mampu melengkapkan corak permainannya di bahagian serangan.

“Semua orang tahu betapa hebatnya dia. Dia juga antara sahabat baik saya, jadi saya sangat gembira dia bersama Chelsea.

“Kami mempunyai kekuatan berbeza. Dia lebih berfizikal dan gemar membawa bola ke hadapan, manakala saya lebih suka mencipta peluang melalui hantaran. Saya rasa kami boleh bergandingan dengan baik,” katanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.