
TELUK INTAN, 4 November – Seorang individu maut selepas dipercayai ditetak tiga lelaki bersenjatakan parang di hadapan sebuah kedai di sini, semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Seorang wanita tempatan berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
- Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 3.53 petang.
- Mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan dan disahkan meninggal di Jabatan Kecemasan; siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Chua Kok Lian ketika mengesahkan kes memaklumkan seorang wanita tempatan berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
“Polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira pukul 3.53 petang.
“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Teluk Intan sebelum disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan hospital itu.
“Motif serangan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan, disaran tampil ke balai polis berhampiran.