Penunggang motosikal maut di Selangau

Foto hiasan

SELANGAU, 28 Julai – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 83, Jalan Pan Borneo Bintulu-Sibu, Selangau pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenali sebagai Badiuzzaman Nordin, 35 tahun.
  • Dalam perjalanan, motosikal gagal dikawal di satu selekoh lalu terbabas ke tepi jalan.
  • Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan tangan; kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Mukah, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias dalam kenyataan memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Badiuzzaman Nordin, 35 tahun.

“Mangsa dilaporkan dalam perjalanan menuju Selangau. Sebaik tiba di satu selekoh, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke tepi jalan.

“Mangsa yang cedera parah di kepala serta tangan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.