Malaysia tegaskan kepada AS pendirian tidak iktiraf Israel bukan dasar baharu

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas program santai bersama ‘Tok Mat’, sempena PRN Negeri Sembilan / BERNAMA

REMBAU, 23 Julai– Malaysia telah mengemukakan penjelasan kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa pendirian tidak mengiktiraf Israel bukan dasar baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia tidak mengiktiraf Israel; dasar imigresen tidak mengakui rejim Zionis, ini amalan lama bukan dasar baharu.
  • Isu timbul selepas individu dua kewarganegaraan masuk menggunakan pasport AS; setelah didapati warga Israel, pihak berkuasa mengarahkan dia meninggalkan negara.
  • Kerajaan kekal menyekat kemasukan warganegara Israel walau ada bantahan Ahli Kongres AS; Malaysia menyokong hak rakyat Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob selepas dipanggil Jabatan Negara AS.

“Memang menjadi dasar Malaysia, dasar imigresen kita tidak memperakui negara Israel dan rejim Zionis. Ini sudah lama, bukan baharu.

Perkara itu sedang diuruskan dengan baik oleh Malaysia menerusi saluran diplomatik,” katanya.

Isu berkenaan timbul selepas seorang individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, memasuki Malaysia menggunakan pasport AS.

Selepas semakan mendapati individu berkenaan turut memiliki kewarganegaraan Israel, pihak berkuasa memintanya meninggalkan negara ini.

Datuk Seri Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas program santai bersama ‘Tok Mat’, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, di sini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia terus berpegang kepada pendirian menyekat kemasukan warganegara Israel ke negara ini.

Beliau berkata pendirian itu kekal meskipun lapan Ahli Kongres AS menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan tersebut dan menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS.

Datuk Seri Anwar berkata, Malaysia menyokong prinsip mempertahankan hak rakyat serta menentang kezaliman, pencerobohan dan pembunuhan berterusan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.