15 pekerja dikhuatiri terperangkap dalam letupan terowong 

Foto REUTERS

SIKKIM, 22 Julai – Seramai 15 pekerja dikhuatiri terperangkap selepas letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas dalam sebuah terowong projek hidroelektrik di negeri Sikkim, India yang meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insiden berlaku di projek hidroelektrik NHPC di Sungai Teesta, kampung Samardung, Sikkim, menurut pegawai daerah Subash Ghimirey.
  • NHPC memaklumkan letupan berpunca daripada gas metana terperangkap, menyebabkan asap tebal dan pengisian gas dalam terowong.
  • Pegawai pengurusan bencana Rajiv Roka berkata peluang menemui mangsa hidup tipis akibat asap dan gas berbahaya menghalang penyelamat.

Menurut pegawai daerah Subash Ghimirey, insiden berlaku pada Isnin di projek milik syarikat kerajaan National Hydroelectric Power Corp Ltd (NHPC) di Sungai Teesta, kampung Samardung, Sikkim.

NHPC dalam kenyataan memaklumkan letupan berpunca daripada gas metana yang terperangkap dalam terowong sehingga menyebabkan asap tebal dan gas memenuhi kawasan berkenaan.

Pegawai pengurusan bencana negeri, Rajiv Roka, berkata peluang untuk pekerja yang masih terperangkap ditemui hidup adalah tipis kerana pasukan penyelamat berdepan kesukaran akibat asap dan gas berbahaya.

NHPC berkata sekurang-kurangnya 25 pekerja serta pegawai projek terperangkap dalam terowong itu, termasuk 10 mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.