Peruntukan RM15 juta bagi sekolah pondok dan sekolah agama di Perak

Foto BERNAMA 

IPOH, 19 Julai – Sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi sekolah pondok dan sekolah agama di seluruh Perak tahun ini, di bawah peruntukan RM200 juta untuk institusi pendidikan Islam di seluruh negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program ini menumpukan kepada penambahbaikan kemudahan dan prasarana sekolah pondok serta sekolah agama di seluruh Perak.
  • Keutamaan diberi kepada institusi yang memerlukan pembaikan khusus bagi meningkatkan fasiliti sedia ada.
  • Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bekerjasama dengan pondok; Perdana Menteri mengumumkan RM300,000 untuk menaik taraf kemudahan pembelajaran.

Ia bagi menambah baik kemudahan serta prasarana sekolah terlibat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata tumpuan akan diberikan kepada institusi yang memerlukan penambahbaikan khususnya membabitkan kemudahan sedia ada.

“Ini menunjukkan komitmen yang diberikan oleh kerajaan untuk memakmur dan mengimarahkan lagi sekolah-sekolah agama dan institusi pondok kita ke seluruh negara.

“Selain daripada itu, di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kita sememangnya ada kerjasama dengan pondok-pondok dan institusi ini daripada pelbagai aspek dengan tujuan memartabatkan lagi pendidikan Islam di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Himpunan Pondok dan Sekolah Agama Perak di Maahad Al Ummah, Chemor.

Pada majlis sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan peruntukan RM300,000 kepada sekolah berkenaan bagi menaik taraf kemudahan pembelajaran dan prasarana sekolah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.