
PERINGGIT, 13 Julai – Seorang lelaki berusia 45 tahun ditemukan lemas di Jambatan Taman Rumpun Bahagia, Peringgit, Melaka.
RINGKASAN BERITA AI
- Mangsa ditemui oleh polis pada pukul 9.01 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi jatuh.
- Operasi membabitkan 15 anggota JBPM dari Balai Bomba Melaka Tengah dan Masjid Tanah.
- Mangsa dilaporkan terjatuh di tepi sungai berhampiran Yayasan Toh Puan Zurina semalam.
- Mangsa merupakan seorang gelandangan yang tinggal di tepi sungai tersebut.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zahrul Azha Mokhtar, mangsa ditemukan pada pukul 9.01 pagi tadi oleh pihak polis pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.
“Seramai 15 anggota JBPM dari Balai Bomba Melaka Tengah dan Masjid Tanah terlibat dalam operasi berkenaan.
“Mangsa sebelum ini dikatakan terjatuh di tepi sungai berhampiran Yayasan Toh Puan Zurina, semalam.
“Mangsa merupakan seorang gelandangan yang tinggal di tepi sungai tersebut,” katanya menerusi kenyataan.