Onn Hafiz pertahan kerusi Machap

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menang bertanding di DUN Machap/Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 11 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap menang dengan majoriti 15,375 undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Onn Hafiz meraih 20,382 undi, menewaskan Nor Hafiz Roslan (PH) yang memperoleh 5,007 undi.
  • Pada PRN Johor 2022 beliau memenangi Machap dengan 11,029 undi dan majoriti 6,543.
  • Sebelum itu beliau menewaskan tiga pencabar: Azlisham Azahar (PN/PAS), R. Sangaran (MUDA), Sharuddin Md. Salleh (PEJUANG).

Onn Hafiz meraih 20,382 undi, menewaskan pencabarnya Nor Hafiz Roslan dari Pakatan Harapan (PH) yang meraih sebanyak 5,007 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus, Mohd Izzul Helmi Ahmad semasa Pengumuman Keputusan Rasmi di Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam.

Pada PRN Johor 2022, Onn Hafiz yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 6,543 undi selepas memperoleh 11,029 undi.

Beliau menewaskan tiga pencabarnya iaitu Azlisham Azahar mewakili Perikatan Nasional (PAS), R. Sangaran (MUDA) dan Sharuddin Md. Salleh (PEJUANG).

Sebelum itu, Onn Hafiz turut memenangi kerusi DUN Layang-Layang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 selepas memperoleh 7,449 undi.

Beliau menewaskan calon PKR, Murugan Muthu Samy, dengan majoriti tipis 364 undi.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.