Dua lelaki ditahan reman disyaki curi komponen kenderaan

Dua individu ditahan reman dipercayai terlibat dalam kes kecurian komponen kenderaan di Jalan Matang, Kuching

KUCHING, 26 Ogos – Dua lelaki tempatan berusia 26 dan 29 tahun ditahan reman empat hari kerana dipercayai terlibat dalam kes kecurian komponen kenderaan di Jalan Matang di sini pada 24 Ogos lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.
  • Penangkapan dilakukan secara berasingan di sekitar Kuching dan Padawan; polis merampas sekeping resit jualan untuk siasatan lanjut.
  • Semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan, dengan hukuman penjara satu hingga tujuh tahun dan denda.

Ketua Polis Daerah Kuching Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan memaklumkan Mahkamah Majistret Kuching meluluskan permohonan reman itu.

Sebelum itu kedua-dua suspek ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Suspek ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Kuching dan Padawan. Hasil tangkapan telah membawa kepada rampasan barang kes iaitu sekeping resit jualan untuk siasatan lanjut.

“Semakan rekod jenayah turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.