
PUTRAJAYA, 26 Ogos – Hampir 500 jemaah menyertai solat hajat dan bacaan doa bagi memohon perlindungan serta kesejahteraan dalam menghadapi ujian jerebu yang melanda beberapa negeri.
- JAKIM menganjurkan solat hajat dan bacaan doa selepas solat Maghrib di tiga masjid utama JAKIM.
- Tiga masjid terlibat: Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
- Usaha itu sebagai ikhtiar bersama dan menzahirkan solidariti menghadapi jerebu yang menjejaskan kualiti udara.
- JAKIM menyeru umat Islam berdoa memohon perlindungan, kesihatan, keselamatan serta ketenangan; diharap mengukuh semangat kebersamaan.
Inisiatif anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu dilaksanakan selepas solat Maghrib di tiga masjid utama JAKIM, malam ini.
Menerusi kenyataan, JAKIM memaklumkan usaha berkenaan sebagai ikhtiar bersama untuk menzahirkan solidariti terhadap situasi jerebu yang menjejaskan kualiti udara dan kehidupan masyarakat di beberapa kawasan.
Tiga masjid yang terlibat ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
JAKIM turut menyeru umat Islam supaya bersama-sama melaksanakan solat hajat dan berdoa memohon perlindungan, kesihatan, keselamatan serta ketenangan dalam menghadapi ujian berkenaan.
Usaha itu diharap dapat menyemarakkan semangat kebersamaan masyarakat selain menjadi ikhtiar rohani dalam mendepani keadaan jerebu yang sedang berlaku.