KESUMA perkasa kerjasama buruh ASEAN

Foto FB Kementerian Sumber Manusia

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Malaysia terus memperkukuh komitmen dalam agenda perburuhan serantau menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh ASEAN Ke-29 (ALMM Ke-29) di Bangkok, Thailand.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tema mesyuarat: pengiktirafan global sijil kemahiran untuk memajukan modal insan ASEAN.
  • Perbincangan meliputi perkembangan pekerjaan, cabaran pasaran buruh dan kerjasama serantau dalam pembangunan kemahiran.
  • Menekankan kebajikan, perlindungan pekerja dan kesiapsiagaan terhadap teknologi termasuk AI, serta peningkatan produktiviti melalui kerjasama serantau.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan, menyertai mesyuarat bertemakan ‘Advancing ASEAN Human Capital: Skills Certification towards Global Recognition’ yang menghimpunkan Menteri-Menteri Buruh negara anggota ASEAN serta Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Gilbert F. Houngbo.

Mesyuarat itu dibuka Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, sekali gus menzahirkan komitmen bersama negara ASEAN dalam memperkukuh pembangunan modal insan dan kerjasama perburuhan serantau.

Menurut kenyataan di Facebook Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Seri Ramanan turut mengadakan pertemuan dan bertukar pandangan dengan rakan sejawat dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Myanmar, selain Ketua Pengarah ILO.

Perbincangan memberi tumpuan kepada perkembangan dunia pekerjaan, cabaran pasaran buruh serta usaha memperkukuh kerjasama serantau dalam pembangunan kemahiran.

Aspek kebajikan, perlindungan dan masa depan pekerja turut diberikan keutamaan dalam menghadapi perubahan landskap pekerjaan, termasuk perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

Malaysia turut menekankan kepentingan kerjasama serantau yang lebih kukuh dalam memperkasakan perlindungan sosial, pembangunan kemahiran serta peningkatan produktiviti bagi memastikan tenaga kerja ASEAN kekal berdaya saing.

Menurut KESUMA, penglibatan Malaysia dalam ALMM Ke-29 mencerminkan komitmen kementerian untuk terus memainkan peranan aktif dalam membentuk agenda perburuhan ASEAN yang responsif terhadap perubahan, di samping memastikan kepentingan negara dan pekerja Malaysia terus diberi perhatian dalam kerangka kerjasama serantau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.