
JOHOR BAHRU, 11 Julai – Tiga peti undi terawal, iaitu dari Pulau Sibu, Pulau Besar dan Pulau Pemanggil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing setakat 6.00 petang.
- Tiga peti undi terawal dari Pulau Sibu, Pulau Besar dan Pulau Pemanggil tiba di pusat penjumlahan undi Mersing pada 6.00 petang.
- Peti undi pos bagi DUN Perling dan Kempas dibawa ke pusat penjumlahan masing-masing pada 6.38 dan 6.47 petang.
- SPR memaklumkan semua 1,076 pusat mengundi di Johor ditutup tepat pada 6.00 petang.
Selain itu, dua peti undi pos bagi DUN Perling dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru pada 6.38 petang.
Dua peti undi pos bagi DUN Kempas dibawa masuk oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Cahaya TNB Kempas pada 6.47 petang.
Dijangkakan juga peti undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dari beberapa pusat mengundi akan tiba di pusat penjumlahan undi masing-masing.
Sebelum itu SPR turut memaklumkan bahawa kesemua 1,076 pusat mengundi di seluruh Johor ditutup tepat pada 6.00 petang tadi.