Datuk Seri Mohamad ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar OIC


KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Malaysia akan menyertai Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dijadual berlangsung di Jeddah Arab Saudi pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Datuk Seri Mohamad Hasan mengetuai delegasi dan menyampaikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada hak Palestin untuk negara merdeka berasaskan sempadan pra-1967.
  • Mesyuarat membincangkan penindasan rejim zionis terhadap penduduk Palestin, krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza dan pencerobohan ke atas Al-Quds Ash-Sharif.
  • Datuk Seri Mohamad Hasan terlibat dalam pemilihan Setiausaha Agung OIC 2026-2031; penglibatan Malaysia penting untuk mempertahankan kepentingan Ummah.

Menter Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi negara ke mesyuarat itu.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan mesyuarat tergempar tersebut diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa di Palestin dan Al-Quds Ash-Sharif khususnya penindasan berterusan rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin, situasi kemanusiaan yang meruncing di Semenanjung Gaza dan pencerobohan ke atas Al-Quds Ash-Sharif.

“Menteri Luar akan menyampaikan kenyataan negara yang menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan dan hak mutlak rakyat Palestin untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat berlandaskan sempadan pra-1967 dengan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara,” menurut kenyataan itu.

Datuk Seri Mohamad turut dijadual terlibat dalam proses pemilihan Setiausaha Agung OIC baharu bagi penggal 2026-2031.

Penglibatan Malaysia dalam proses tersebut penting bagi memastikan kepimpinan OIC yang dipilih akan terus memperjuangkan kepentingan Ummah sekali gus menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh negara-negara anggota OIC.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.