
ALOR SETAR, 3 November – Seramai 330 masyarakat India di sekitar Alor Setar menerima sumbangan bakul makanan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersempena sambutan Deepavali 2026.
- Majlis disampaikan oleh Nasoruddin Shah Mat mewakili Pengerusi SKM, Datuk Ahmad Norihan Jalal, dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai.
- Pengarah SKM Negeri Kedah, Zainudin Sulaiman, turut hadir menyokong pengagihan sumbangan kepada komuniti.
- Program mencerminkan keprihatinan dan komitmen SKM menyantuni masyarakat tanpa mengira kaum serta latar belakang.
- Sumbangan diharap dapat meringankan beban penerima serta membantu persiapan menyambut perayaan Deepavali.
Sumbangan disampaikan dalam satu majlis yang dihadiri Ahli Lembaga Pengarah SKM, Nasoruddin Shah Mat yang mewakili Pengerusi SKM, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal, serta Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai.
Turut hadir Pengarah SKM Negeri Kedah, Zainudin Sulaiman.
Penganjuran program itu mencerminkan keprihatinan dan komitmen SKM dalam menyantuni masyarakat tanpa mengira kaum serta latar belakang.
Sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban penerima, selain membantu mereka membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali dengan lebih bermakna.