
BENUT, 11 Julai- Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N53 Benut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 apabila calonnya, Datuk Mohd Sumali Reduan memperoleh 18,492 undi.
RINGKASAN BERITA AI
- Calon PH Abd Razak Ismail memperoleh 2,791 undi; majoriti kemenangan 15,701 undi.
- Peratus keluar mengundi 74.88 peratus, dengan 21,564 undi direkodkan daripada 28,798 pengundi berdaftar.
- Sebanyak 239 kertas undi ditolak manakala 42 kertas undi tidak dikembalikan.
- Pada pilihan raya lalu, Datuk Hasni Mohammad menang dengan 10,896 undi dan majoriti 5,859 undi.
Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Abd Razak Ismail yang meraih 2,791 undi dengan majoriti 15,701 undi.
Sebanyak 21,564 undi direkodkan daripada 28,798 pengundi berdaftar, menjadikan peratusan keluar mengundi sebanyak 74.88 peratus.
Sebanyak 239 kertas undi ditolak manakala 42 kertas undi tidak dikembalikan.
Pada pilihan raya lalu, kerusi DUN Benut dimenangi Datuk Hasni Mohammad (BN) dengan memperoleh 10,896 undi dan majoriti 5,859 undi.