
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Penggunaan teknologi analitik ramalan berasaskan kecerdasan buatan (AI) sedang dipraktikkan bagi membantu menganalisis corak pergerakan, faktor geografi serta cuaca.
- AI digunakan untuk mengenal pasti kawasan berisiko tinggi dan meramal potensi ancaman keselamatan maritim negara.
- Kerajaan meneliti cadangan mewujudkan Pengkalan Operasi Hadapan Bersepadu di Teluk Ewa, Langkawi untuk memperkukuh kawalan perairan utara.
- Pengkalan akan menempatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am bersama bagi meningkatkan penyelarasan operasi.
- Inisiatif dijangka mempercepat masa tindak balas dan mengurangkan risiko penyeludupan serta aktiviti rentas sempadan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah itu dilaksanakan bagi mengenal pasti kawasan berisiko tinggi, selain meramal potensi keselamatan ancaman maritim negara.
Katanya lagi, kerajaan juga sedang meneliti cadangan mewujudkan Pengkalan Operasi Hadapan Bersepadu dalam memperkukuh kawalan keselamatan di perairan utara Pulau Langkawi.
“Cadangan mewujudkan pengkalan operasi hadapan bersepadu di Teluk Ewa Langkawi yang akan menempatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am secara bersama.
“Inisiatif ini dijangka meningkatkan kecekapan penyelarasan operasi serta agensi dan mempercepatkan masa tindakan balas,” katanya.
Tambah beliau, pendekatan itu dilihat berpotensi mengurangkan risiko penyeludupan dan aktiviti rentas sempadan selaras dengan perkembangan teknologi AI.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah di sini, hari ini.