Bayaran jurutera sedang disemak semula – KKR

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Jurutera Malaysia sedang melaksanakan tindakan proaktif bagi menyemak semula dan meminda skala bayaran jurutera di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Struktur kadar yuran sedia ada kali terakhir diwartakan pada 7 Disember 1998.
  • Semakan bertujuan menyesuaikan kadar dengan realiti ekonomi, kos operasi firma meningkat dan menyetarakan imbuhan.
  • Simulasi teknikal menganggarkan kenaikan yuran perunding sekitar 9.23 peratus bagi projek pembangunan fizikal.
  • Draf akhir pindaan dihantar untuk semakan undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara sebelum diwartakan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967.

Langkah semakan komprehensif ini penting memandangkan struktur kadar yuran sedia ada adalah kali terakhir diwartakan pada 7 Disember 1998.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata semakan semula itu bertujuan menyesuaikan kadar yuran dengan realiti ekonomi semasa termasuk kos operasi firma kejuruteraan yang meningkat dan menyetarakan imbuhan.

“Berdasarkan simulasi teknikal yang dijalankan, perubahan ini dianggarkan bakal menyelaras kenaikan yuran perunding sekitar 9.23 peratus bagi sesuatu projek pembangunan fizikal yang melibatkan unjuran kos contohnya kerja bernilai RM200 juta,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, draf akhir pindaan peraturan tersebut telah selesai dikemukakan untuk semakan undang-undang dan penelitian oleh Jabatan Peguam Negara sebelum ia boleh diwartakan secara rasmi di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Ir Yusuf Abd Wahab mengenai status semakan semula yuran perunding untuk jurutera.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.