Operasi SAR Kanak-kanak dikhuatiri lemas disambung

Operasi dan Menyelamat (SAR) kanak-kanak lemas di kawasan Sungai Ganggarak di Taman Perumahan Ganggarak Permai disambung semula/ JBPM labuan

LABUAN, 18 Jun – Operasi dan Menyelamat (SAR) kanak-kanak berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di kawasan Sungai Ganggarak di Taman Perumahan Ganggarak Permai pada petang Rabu diteruskan pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi malam ditangguhkan sekitar pukul 12.00 tengah malam kerana faktor keselamatan dan keadaan gelap di lokasi.
  • Seramai 64 anggota terlibat daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Labuan.
  • Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela dan sukarelawan penduduk kampung; radius pencarian sekitar dua kilometer.
  • Pusat Gerakan JBPM Labuan menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.36 petang; BBP Layangan mengesahkan kejadian berdasarkan maklumat orang awam.

Pengarah JBPM Labuan, Abd Rahman Ali dalam kenyataan memaklumkan, operasi malam tadi ditangguhkan kira-kira pukul 12.00 tengah malam berikutan faktor keselamatan dan keadaan gelap di lokasi kejadian.

“Operasi hari kedua disambung kembali kira-kira pada pukul 6.00 pagi tadi oleh pasukan penyelamat.

“Ia melibatkan seramai 64 anggota daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Labuan,” menurut kenyataan itu.

Operasi SAR turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta bantuan sukarelawan penduduk kampung.

Radius pencarian mangsa melibatkan kawasan sejauh dua kilometer, iaitu sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Labuan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.36 petang pada Rabu.

Menurut laporan awal JBPM, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan yang tiba di lokasi mengesahkan kejadian tersebut berdasarkan maklumat orang awam sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera diaktifkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.