
Kapten England, Harry Kane diraikan rakan sepasukan selepas berjaya meledak gol dalam aksi pembukaan Kumpulan L menentang Croatia. / Foto Reuters
ARLINGTON, 18 Jun – England bermula langkah kanan apabila menewaskan Croatia 4-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan L Piala Dunia di Stadium Dallas, pada Rabu.
- Harry Kane membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-12.
- Martin Baturina menyamakan kedudukan pada minit ke-36.
- Kane menjaringkan gol kedua namun Petar Musa menyamakan sebelum rehat.
- Babak kedua lebih kemas; Jude Bellingham (minit 47) dan Marcus Rashford (minit 85) menjadikan tiga mata milik England.
Kapten England, Harry Kane, membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-12, sebelum Croatia menyamakan kedudukan menerusi Martin Baturina pada minit ke-36.
Kane sekali lagi meletakkan England di depan enam minit kemudian, namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Petar Musa menjaringkan gol penyamaan Croatia sebelum rehat.
Bersambung babak kedua, skuad bimbingan Thomas Tuchel tampil lebih kemas dalam usaha mencari jaringan tambahan.
Hasilnya, England memperoleh dua gol menerusi Jude Bellingham dan Marcus Rashford, masing-masing pada minit ke-47 dan ke-85, untuk memastikan tiga mata pertama menjadi milik mereka.