Popovic kekal jurulatih Australia, fokus Piala Dunia dan Piala Asia

Tony Popovic/ AFP

OAKLAND, 12 Jun- Jurulatih Australia, Tony Popovic memperbaharui kontraknya bersama skuad Socceroos sehingga Piala Asia 2027 menjelang aksi pembukaan Piala Dunia 2026 menentang Turkiye di Vancouver, Kanada pada Sabtu ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rekod Popovic: 10 kemenangan, empat seri, empat kekalahan daripada 18 perlawanan kendalian setakat ini.
  • Popovic komited menyeimbangkan sasaran jangka pendek dan pembangunan jangka panjang pasukan.
  • Ketua Eksekutif Martin Kugeler kata pelanjutan kontrak beri kejelasan dan memudahkan perancangan jangka panjang.
  • Australia layak ke Piala Dunia buat kali keenam berturut-turut, dalam Kumpulan D bersama Amerika Syarikat dan Paraguay.

Popovic yang dilantik pada 2024 menggantikan Graham Arnold telah merekodkan 10 kemenangan, empat seri dan empat kekalahan dalam 18 perlawanan kendaliannya setakat ini.

Beliau menyatakan komitmen untuk menyeimbangkan sasaran jangka pendek dan pembangunan jangka panjang pasukan.

“Saya gembira untuk terus melatih Socceroos sehingga Piala Asia,” katanya dari California, lokasi persiapan pasukan menjelang kejohanan tersebut.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Football Australia, Martin Kugeler menyifatkan pelanjutan kontrak itu sebagai keputusan penting menjelang saingan Piala Dunia.

“Pelanjutan kontrak ini memberi kepastian terhadap hala tuju pasukan serta membolehkan perancangan jangka panjang dilaksanakan dengan lebih yakin,” katanya

Australia yang layak ke Piala Dunia buat kali keenam berturut-turut berada dalam Kumpulan D bersama tuan rumah bersama Amerika Syarikat dan Paraguay.

Piala Asia 2027 dijadual berlangsung di Arab Saudi dari 7 Januari hingga 5 Februari tahun depan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.