
LABUAN, 8 Oktober – Seramai 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan dalam Op Bersama yang dijalankan di sekitar Labuan, kira-kira pukul 12.50 tengah malam hingga 3.15 pagi semalam.
- Tahanan terdiri daripada 13 warga Filipina dan enam warga Indonesia.
- Seramai 38 individu diperiksa, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Peraturan 39(b).
- Tahanan ditempatkan di IPD dan Depot Imigresen Labuan untuk siasatan; notis saman dikeluarkan; JIM akan ambil tindakan terhadap penggaji atau pelindung PATI.
Operasi disertai pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Labuan.
Menurut Pengarah JIM Labuan, Mohd Redzuan Nawi, tahanan terdiri daripada 13 warga Filipina dan enam warga Indonesia.
“Seramai 38 individu, terdiri daripada warga asing dan tempatan, telah diperiksa.
“Kesemua mereka terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Kesemua tahanan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dan Depot Imigresen Labuan bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam pada itu, satu notis saman turut dikeluarkan bagi membantu siasatan pihak jabatan.
Tegas beliau, JIM Labuan akan terus mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen, termasuk pihak yang menggaji atau melindungi PATI.