
ARAU, 8 Oktober – Penubuhan Kelab Melastik Singa Utara pada April 2026, satu inisiatif bagi menghimpunkan para penggiat sukan melastik di Perlis.
- Sukan melastik dipandang sebagai lebih daripada hobi; membina komuniti positif, disiplin, kemahiran dan hubungan kemasyarakatan.
- Kelab tidak mahu sukan dilihat sekadar rekreasi tetapi sebagai medium pembangunan belia, penglibatan komuniti dan pembentukan sahsiah.
- Pendaftaran rasmi dengan Pesuruhjaya Sukan memberi landasan kukuh untuk organisasi sukan tersusun, berdisiplin dan berhala tuju jelas.
- Program pengenalan di sekolah menekankan keselamatan, disiplin, etika pertandingan dan penguasaan kemahiran sukan melastik.
Menurut Presiden Kelab Melastik Singa Utara, Mohammad Paisol Saaban, sukan melastik bukan sekadar hobi bagi mengisi masa lapang tetapi kini telah diperkembangkan ke peringkat nasional.
“Sukan melastik mampu membina komuniti yang positif serta menjadikannya sebagai satu aktiviti yang mempunyai nilai daripada sudut kesukanan, disiplin, kemahiran dan hubungan kemasyarakatan.
“Kelab Melastik Singa Utara tidak mahu sukan melastik dilihat hanya sebagai satu aktiviti rekreasi semata-mata tetapi juga sebagai salah satu medium yang mampu menyumbang kepada pembangunan belia, penglibatan komuniti dan pembentukan sahsiah.
“Didaftarkan secara rasmi dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 20 Ogos 2026, dimana pendaftaran rasmi ini merupakan satu titik penting kerana ia memberikan satu landasan yang lebih kukuh untuk bergerak sebagai sebuah organisasi sukan yang tersusun, berdisiplin dan mempunyai hala tuju yang jelas,” katanya menerusi kenyataan.
Terdahulu, beliau menghadiri pelancaran dan sesi pengenalan Kelab Melastik Singa Utara di sini.
Sebagai kelab baharu yang diwujudkan, usaha kini digiatkan untuk melaksanakan program pengenalan dan pendedahan sukan melastik kepada golongan pelajar di sekolah-sekolah sekitar Perlis.
Melalui program tersebut, Kelab Melastik Singa Utara berharap dapat memperkenalkan sukan melastik secara lebih teratur dengan penekanan terhadap keselamatan, disiplin, etika pertandingan dan kemahiran yang betul.