Gempa bumi lemah dikesan di Sabah-Sarawak

Dua gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 masing-masing direkodkan di Ranau, Sabah dan Mambong, Sarawak pada 2 Jun lalu

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Dua gempa bumi lemah masing-masing bermagnitud 2.9 dikesan berlaku di Sabah dan Sarawak pada 2 Jun lalu, menurut Jabatan Meteorologi (Met Malaysia).

RINGKASAN BERITA AI
  • Gegaran dirasai di Kundasang, Ranau, Kota Belud, Samarahan dan Serian.
  • Satu gempa di Ranau pada 10.36 pagi dan satu di Mambong pada 10.33 malam pada kedalaman 10 kilometer.
  • Ketua Pengarah MET Malaysia menasihatkan orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa pada magnitud lemah.
  • Dapatkan maklumat sahih melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia.

Gegaran dilaporkan dirasai di sekitar Kundasang, Ranau dan Kota Belud di Sabah serta Samarahan dan Serian di Sarawak.

Gempa bumi pertama berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 10.36 pagi pada kedalaman 10 kilometer (KM) manakala gempa bumi kedua direkodkan di Mambong, Sarawak pada pukul 10.33 malam pada kedalaman yang sama.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Anip berkata Orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi yang berlaku adalah pada magnitud lemah.

“MET Malaysia akan terus memantau keadaan ini dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkaitan cuaca dan gempa bumi menerusi laman web rasmi, aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi MET Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.