Jenazah empat sekeluarga selamat dikebumikan

Kesemua jenazah, terdahulu tiba di Masjid Bandar Al Muktafi Billah Shah

DUNGUN, 2 Jun – Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Johor, selamat dikebumikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Identiti mangsa: Mohd Aiman Mohd Rashid (36), Nor Azlina Abd Latif (33), Semek Mat Soh (73), Nur Airish Syifa Sidek (10).
  • Kesemua jenazah tiba di Masjid Bandar Al Muktafi Billah Shah kira-kira 8.30 pagi, disambut ahli keluarga dan penduduk setempat.
  • Kejadian tengah hari semalam: kenderaan mangsa terbabit kemalangan lima kenderaan di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor.

Allahyarham Mohd Aiman Mohd Rashid, 36 tahun, isteri Nor Azlina Abd Latif, 33 tahun, ibu mentua Semek Mat Soh, 73 tahun serta anak saudara, Nur Airish Syifa Sidek, 10 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktafi Billah Shah, dalam satu liang lahat, kira-kira pukul 9.27
pagi tadi.

Kesemua jenazah, terdahulu tiba di Masjid Bandar Al Muktafi Billah Shah kira-kira pukul 8.30 pagi, disambut ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk setempat.

Dalam kejadian tengah hari semalam, empat mangsa maut selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Johor.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.