Kilang hasilkan transformer dan peralatan syarikat utiliti terbakar

Tiada kemalangan jiwa, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan

SEMENYIH, 2 Jun – Sebuah kilang menghasilkan transformer dan peralatan milik sebuah syarikat utiliti di Kawasan Perindustrian Sungai Purun, terbakar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kilang pengeluar transformer dan peralatan di Kawasan Perindustrian Sungai Purun, Semenyih terbakar.
  • JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.29 pagi dan menghantar pasukan dari Semenyih, Bangi dan Kajang.
  • Kebakaran dikawal dan hampir dipadam sepenuhnya sekitar 9.30 pagi, kerja memadam sisa masih diteruskan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar mengesahkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.29 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Semenyih ke lokasi. Operasi pemadaman turut dibantu pasukan bomba dan penyelamat dari BBP Bangi dan BBP Kajang.

“Setakat pukul 9.30 pagi, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan hampir sepenuhnya, manakala kerja-kerja memadam sisa kebakaran masih diteruskan,”katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporan dan punca serta angka kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.