Bot terbalik : Lapan individu selamat

Komuniti maritim diingatkan sentiasa mengutamakan keselamatan

SANTUBONG, 2 Jun – Lapan individu diselamatkan dalam insiden bot laju terbalik kira-kira 0.3 batu nautika Pantai Teluk Pasir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sub Pusat Penyelamat Maritim MRSC Kuching menerima panggilan kecemasan kira-kira 3.45 petang.
  • Operasi CARILAMAT diaktifkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sarawak.
  • Mangsa ditemukan sekitar 4.49 petang selepas berenang ke daratan dan kawasan batu; dibawa ke Jeti KOMTAS untuk pemeriksaan.
  • Maritim Sarawak mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika aktiviti laut, terutama dalam cuaca tidak menentu.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abdul Aziz memaklumkan, pihak Sub Pusat Penyelamat Maritim MRSC Kuching menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.45 petang semalam.

“Lapan penumpang bot berkenaan, diselamatkan dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang diaktifkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sarawak.

“Mangsa ditemukan sekitar pukul 4.49 petang selepas dipercayai berenang ke daratan dan kawasan batu berhampiran susulan bot yang dinaiki terbalik akibat laut bergelora.

“Kesemua mangsa dibawa ke Jeti KOMTAS untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan berada dalam keadaan baik serta stabil oleh pasukan perubatan,”katanya.

Operasi CARILAMAT ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6.45petang.

Maritim Sarawak turut mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut, terutama dalam keadaan cuaca tidak menentu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.