
JOHOR BAHRU, 30 Mei – Kerajaan komited memastikan kegiatan ekonomi terus rancak walaupun berdepan ketidaktentuan bekalan ketika ini susulan krisis Asia Barat, seterusnya melindungi peluang pekerjaan rakyat.
RINGKASAN BERITA AI
- Memastikan bekalan bahan bakar mencukupi untuk kegunaan industri.
- Melibatkan urus niaga dan kerjasama erat dengan pihak industri bagi kestabilan bekalan.
- Mengadakan perbincangan dengan negara lain untuk memastikan kelangsungan bekalan.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara tumpuan diberikan kepada aspek bekalan bahan bakar yang mencukupi untuk kegunaan industri.
“Sebab itu, fokus ketika ini adalah untuk memastikan bekalan itu mencukupi. Kita bukan setakat melibat urus bersama dengan industri, malah turut mengadakan perbincangan dengan negara-negara lain bagi memastikan perkara itu mempunyai kelangsungan,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Korban Perdana Aidiladha peringkat Parlimen Johor Bahru di Masjid Jamek Bandar Baru Uda di sini.