Jemaah haji perlu jaga kesihatan dan sedia hadapi cuaca panas

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Marhamah Rosli

SINTOK, 26 April -Jemaah haji dinasihatkan sentiasa menjaga kesihatan dan membuat persiapan rapi agar ibadah haji dapat dilaksanakan dengan sempurna.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bersedia hadapi cuaca panas dan kepadatan jutaan jemaah dari seluruh dunia.
  • Jemaah yang belum berangkat diminta menjaga kesihatan supaya persiapan di Tanah Suci dapat dijalankan dengan baik.
  • Pihak berkenaan memahami perbezaan cuaca dan memantau kemasukan jemaah yang beransur-ansur ke Tanah Suci.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Marhamah Rosli berharap jemaah haji dapat menunaikan ibadah haji sebaik mungkin, apatah lagi berdepan dengan cuaca yang agak panas serta kehadiran jutaan jemaah dari seluruh dunia.

“Adalah wajar untuk kita mengingatkan para jemaah haji yang belum berangkat ke Tanah Suci agar sentiasa menjaga kesihatan, supaya persiapan di sana dapat dilakukan sebaik mungkin.

“Kita memahami bahawa cuacanya agak berbeza berbanding di sini, dan dengan jumlah jemaah yang ramai serta keadaan yang sesak, situasi di Tanah Suci kini sedang menerima kemasukan jemaah yang beransur-ansur menuju ke sana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial J-KIS di Universiti Utara Malaysia UUM, di sini.