
PUTRAJAYA, 21 April– Sebarang keputusan berhubung cadangan pelaksanaan sistem baharu pengambilan pekerja asing yang dikenali sebagai The Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP), belum diputuskan.
- Perkara perlu dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan penelitian sebelum sebarang pendirian dibuat.
- Kementerian Dalam Negeri akan memberikan pandangan apabila perkara itu dibawa ke Jemaah Menteri.
- Kenyataan itu dibuat pada sidang media Majlis Menandatangani Kontrak Perolehan Kapal Misi Pelbagai Guna kedua untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
- Sebelum ini, sembilan Ahli Parlimen PKR memandang serius cadangan yang dikemukakan oleh sebuah syarikat swasta.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara tersebut perlu dibawa ke peringkat Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan penelitian, sebelum sebarang pendirian dibuat mengenai pelaksanaannya.
“Apabila perkara ini dibawa ke Jemaah Menteri, KDN akan memberikan pandangan pada ketika itu,” kata Datuk Seri Saifuddin, hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Menandatangani Kontrak Perolehan Kapal Misi Pelbagai Guna (MPMS) kedua untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, di sini.
Sebelum ini, sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat dilaporkan memandang serius reaksi berhubung cadangan pelaksanaan sistem TURAP yang dibangunkan oleh sebuah syarikat swasta.