Seorang maut bas bawa pelancong British jatuh gaung di La Gomera

FOTO REUTERS

LA GOMERA, 11 April – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 27 lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa pelancong British terbabas dan terjunam ke dalam gaung di pulau La Gomera, menurut perkhidmatan kecemasan pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa yang cedera, termasuk tiga dalam keadaan serius, dibawa ke Hospital Nuestra Señora de Guadalupe.
  • Perkhidmatan kecemasan memberi maklumat lanjut mengenai insiden dan status mangsa.
  • Kemalangan dilaporkan berlaku apabila kenderaan terbabas dari laluan GM-2.
  • La Gomera sebahagian Kepulauan Canary, terkenal sebagai destinasi pelancongan popular bagi pelawat Eropah Utara.

Mangsa yang cedera, termasuk tiga dalam keadaan serius, telah dibawa ke Hospital Nuestra Señora de Guadalupe untuk rawatan lanjut.

Perkhidmatan kecemasan memaklumkan kesemua penumpang terdiri daripada 27 warga Britain serta seorang pemandu.

Kemalangan dilaporkan berlaku apabila kenderaan itu terbabas dari laluan GM-2 sebelum terjun ke dalam gaung.

Pulau La Gomera yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Canary terkenal sebagai destinasi pelancongan popular dalam kalangan pelawat dari Eropah Utara.-REUTERS