
KUALA KEDAH, 10 Mac – Sahabat Penggerak MADANI Malaysia menggerakkan bantuan bagi membantu pesawah yang terjejas pendapatan susulan cuaca panas melampau yang menyebabkan penurunan hasil tuaian di beberapa kawasan di Kedah.
- Datuk Romli Ishak, Penyelaras dan Setiausaha Politik Kanan Presiden PKR, berkongsi aduan pesawah dan perkembangan situasi.
- Pesawah di Parlimen Kuala Kedah melaporkan hasil padi merosot sehingga 30 peratus kerana cuaca panas berpanjangan.
- Keadaan serupa turut berlaku di kawasan penanaman padi lain; kemarau juga memberi kesan kepada penoreh getah di luar Kuala Kedah.
- Setakat ini 165 keluarga Kuala Kedah menerima barangan keperluan harian daripada 300 penerima diperuntukkan melalui zakat wakalah Cyberview Sdn Bhd.
Penyelarasnya, Datuk Romli Ishak berkata bantuan itu disalurkan melalui kerjasama beberapa agensi kerajaan Persekutuan serta syarikat korporat bagi meringankan beban golongan terjejas.
Beliau yang juga Setiausaha Politik Kanan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata terdapat aduan daripada pesawah di sekitar Parlimen Kuala Kedah yang memaklumkan hasil padi mereka merosot sehingga 30 peratus akibat keadaan cuaca panas berpanjangan.
“Masalah ini bukan hanya berlaku di Kuala Kedah tetapi juga di kawasan penanaman padi lain. Cuma di Kuala Kedah tiada penoreh getah, manakala di kawasan lain kemarau turut memberi kesan kepada penoreh getah,” katanya.
Menurut Romli, beberapa agensi kerajaan Persekutuan termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) turut bekerjasama menyalurkan bantuan segera kepada pesawah yang terjejas.
Beliau berkata setakat ini seramai 165 keluarga di Kuala Kedah menerima bantuan berupa barangan keperluan harian daripada keseluruhan 300 penerima yang diperuntukkan melalui zakat wakalah Cyberview Sdn Bhd.
Romli berkata demikian kepada pemberita selepas majlis iftar bersama Akademi Kenegaraan Malaysia dan aktivis Sahabat Penggerak MADANI bagi Parlimen Kuala Kedah di sini.