Pelawat domestik meningkat 4.3 peratus pada suku kedua 2026

Foto Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR, 23 September – Malaysia merekodkan seramai 76.9 juta pelawat domestik bagi suku kedua 2026, meningkat 4.3 peratus berbanding 73.8 juta pelawat pada suku yang sama tahun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bilangan pelancong domestik meningkat kepada 29.6 juta, pertumbuhan 7.9% tahun ke tahun.
  • Perbelanjaan pelancongan domestik mencatat RM32.8 bilion, meningkat 12.3% berbanding suku sama tahun sebelumnya.
  • Perbelanjaan susut 3.6% daripada suku pertama manakala keseluruhan menunjukkan permintaan pelancongan domestik terus berdaya tahan.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, berbanding suku pertama tahun ini, bilangan pelawat domestik turut meningkat sebanyak 3.0 peratus.

Menurut DOSM, bilangan pelancong domestik meningkat kepada 29.6 juta orang berbanding 27.4 juta orang pada suku sama tahun sebelumnya, menyaksikan pertumbuhan 7.9 peratus tahun ke tahun.

Berbanding suku pertama 2026, bilangan pelancong domestik meningkat 7.8 peratus, mencerminkan peningkatan dalam aktiviti pelancongan dalam negara.

”Seiring trend itu, perbelanjaan pelancongan domestik mencatatkan RM32.8 bilion pada suku kedua 2026, meningkat kukuh 12.3 peratus berbanding RM29.2 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya.

”Bagaimanapun, nilai perbelanjaan susut 3.6 peratus daripada RM34.0 bilion yang direkodkan pada suku tahun pertama 2026,” menurut kenyataan itu hari ini.

Secara keseluruhannya, prestasi suku kedua 2026 memperlihatkan permintaan pelancongan domestik yang terus berdaya tahan, disokong oleh pertumbuhan berterusan bilangan pelawat dan pelancong.

Pertumbuhan perbelanjaan pelancongan meningkat 12.3 peratus, mengatasi pertumbuhan dalam peningkatan bilangan pelawat domestik.

Jelas DOSM, perbandingan itu menunjukkan peranan penting aktiviti pelancongan domestik dalam menyokong perbelanjaan pengguna serta aktiviti ekonomi berkaitan pelancongan di dalam negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.